Wednesday, May 29

satu gambar memberi 1000 makna.

tiba tiba aku teringat pasal gamba yang aku penah lukis suatu ketika dahulu. takde la dahulu kala sangat. kalau tak silap aku lukis gamba ni bulan Mac 2013..masa tu aku baru jugak masuk UiTM Shah Alam sebagai pelajar jurusan*macam citer Naruto pulak..ade jurus jurus ni* Statistik dan nama fakulti aku Fakulti Sains Komputer dan Matematik dan jikalau diringkaskan jadilah ia FSKM. bukan itu yang nak aku ceritakan. yang aku nak cerita ada satu program kelab dalam FSKM yang diberi nama Kelab Pembimbing Rakan Sebaya FSKM (PRS) buat satu program yang aku x ingat da nama program tu. tapi yang aku ingat aktiviti dia ada macam - macam ujian yang boleh students cuba antaranya Ujian Cinta *ramai yang pergi hokay*, ujian personaliti *ha yang ni aku try*,ujian asertif, ujian personaliti berdasarkan tarikh lahir dan macam- macam ujian la..kalau cerita kat sini bila la pulak nak habis kan..
tapi bukan salah satu ujian yang aku try ni yang aku nak cerita..aku nak cerita pasal salah satu booth yang ada kat program tu. kat tempat tu dia ada sediakan kertas lukisan dan berbagai-bagai jenis pensil warna, water color, crayon..dan students boleh join lukis lukis tapi dengan syarat lukisan students mesti ada pokok, rumah dan orang..so aku dengan kawan kawan aku decide nak main lukis lukis jugak...so kitorang pun lukis la..lukisan aku memang kalau budak tadika tengok boleh nangis la..budak tadika tu siap cakap lagi :"standard budak tadika punya lukisan akak ni lukis rupenye".. dia kesian sangat sampai nangis...*okay mengarut da*memang seronok la main lukis lukis ni..da lama x lukis aku rasa la..beberapa minit lepas tu..aku da lukis, conteng, kaler bagai kat lukisan aku..aku pun menunjukkan lukisan aku tu kat abang yang jaga kaunter/booth/tempat lukis lukis ni..tak tanya pulak nama die sape..dia pun tanya la serba sedikit tentang diri aku ni..nama sape, nak panggil apa, tinggal mana, mak ayah, family die tanya sikit skit la..dan berdasarkan apa yang aku lukis dia dapat menerangkan aku ni jenis yang macam mana dan segala penerangan dia tu aku rasakan lebih 80% betul kot...dan aku sangat kagum la dengan abang ni..

ni la gamba nya *bila budak math lukis.tak berseni langsung*
                                    

dan antara ulasan dia terhadap aku:

Abang : Aliah perasan x gamba yang Aliah lukis ni semua berpasangan.rumah ada dua, orang berpasangan, orang2 pun dua, pokok pun berpasangan, simpang jalan pun dua, *gunung tu aku lukis 2 je mula mula,tapi sebab kan banyak ruang aku tambah satu lagi. so konklusi nya aku lukis gunung tu 2 jugak.*
saya dapat cakap yang Aliah ni jenis mementingkan orang lain berbanding diri sendiri,kawan kawan selalu minta pendapat/ tolong kat Aliah.Aliah ni pendengar yang baik tapi bukan penyelesai masalah yang baik. 
Aliah boleh dengar dengan baik.tapi kalau suruh solve kan masalah diorang..Aliah kurang skit.
dan Aliah ni jenis family first..apa apa pun family diutamakan. Aliah ni terlampau bergantung kat family.
Aliah x boleh kalau xde family Aliah. misal kata Aliah nak cari pasangan, Aliah nak pasangan Aliah tu faham family Aliah berbanding Aliah barulah Aliah terima dia...

Aku: ....................................ha ah...................hmmmm........T.T(dalam hati la..malu la nangis depan dia)

kebanyakan yang dia cakap betul lebih lebih lagi part yang family first sebab aku pun penah cakap ayat yang abg tu describe diri aku." Aku nak pasangan aku faham family aku dulu". dia ada bagi nasihat macam mana nak ubah supaya aku jadi manusia/khalifah yang lebih baik..dan aku rasa benda benda seperti ni buat aku lebih muhasabah diri supaya menjadi yang lebih baik insha-Allah.


so moral of the story kita hendak lah sentiasa muhasabah diri kita ni..hari ni mesti lebih baik dari semalam..sentiasa ada sikap positif dalam diri.

P/s : kalau ada salah silap minta tegur ye :)






No comments:

Post a Comment

Assalamu'alaikum and hello.
please leave your comment below.
thanks a lot !!.

Labels

uitm (17) friends (15) kenangan (14) rindu (14) sayang (14) gambar (13) cuti (11) family (11) cerita (10) prostar (10) best (9) sabah (9) vacation (8) myself (6) THO (4) classmate (4) pengalaman (4) adik (3) comel (3) i-techqs (3) muda (3) song (3) birthday (2) children (2) favorite (2) love (2) lyric (2) mak (2) male (2) mom (2) music video (2) pandangan (2) singer (2) uitm shah alam (2) wedding (2) Housemates (1) Study week (1) baby (1) bakar (1) coklat (1) convo day (1) dana (1) date (1) dayyan (1) degree (1) degreelife (1) doa (1) exam (1) hack (1) homemade (1) iklan (1) kakak (1) kek (1) kelantan (1) lawak (1) machang (1) miss (1) mp3 (1) muhasabah (1) nasyid (1) penang (1) photo (1) raya (1) resipi (1) roomates (1) seremban2 (1) seremban3 (1) side income (1) subhanallah (1) sushi (1) trip (1) tumpat (1) twin (1)
Powered by Blogger.