Thursday, February 7

kek hari jadi untuk mak ter-awesome kat dunia!!!~~


ha nampak panjang x entry title ni
hihi
sebenarnye aku ada buat la kek untuk birthday mak aku 5 february hari tu..
~mak saya da 51 tahun okay but still awesome!!!~
sebenarnye saya just buat suka2 je sebelum ni kek coklat kukus tu
tapi masa birthday mak tu aku try la buat kek coklat bakar punyerrr. haha
nak resipi ke???
aku letak je la supaya kalau aku terhilangkan resipi tu bole cari kat sini kan? hihi

ingredients nye :

1 cawan serbuk koko van houtten *kalau xde cari jugak! hihi xde la..ikut korang la*
1  cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum *kalau tepung lain x jadi ye*
1 1/2 camca teh soda bikabonat
1 1/2 camca teh baking powder *kasi naik itu kek*
1 cawan minyak masak *pastikan yang belum dimasak ye*
1 tin susu krimer cair *yang org taruh kat ABC tu*
2 biji telur size AA *along aku yang kata kena size AA*

topping:
coklat masakan/coklat chips/coklat rice

perkakas:
mixer *kalau xde guna la tangan ye*
bekas nnt nak kukus/loyang nak bakar
set kukus untuk yang nak kukus/ oven bagi yang nak bakar kek itu
mangkuk nak gaul2
senduk

cara2:

1. kalau nak kukus: kena start jerang air kat pengukustu dah tapi api perlahan la ..bagi yang nak bakar abaikan step ni.

2. amik 2 biji telur tu dan pukul sampai kembang okay

3. sementara mixer mengembangkan telur tu..korang bole da campur serbuk koko, tepung gandum, gula, soda bikabonat dan baking powder dan gaul sampai sebati ye..dan letak ketepi dulu.

4. korang check tgk2 telur tu da kembang atau x..kalau da kembang, masukkan minyak dan susu cair tadi dalam mixer yang ada telur yang da kembang tu...

5. da nampak sebati adunan telur sama itu minyak dan susu, korang masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung segala bagai yang korang da gaul tu...masuk sikit2 tau..lepas tu pukul sampai da sebati semua sekali ye..and korang rasa la skit kot kot tak cukup gula ke atau x cukup serbuk koko ke..rasa le..

6. bila da puas hati korang masukkan ke dalam bekas bagi yang nak kukus dan masukkan dalam loyang bagi yang nak bakar okay.

7. bagi yang nak kukus : kukus selama 1 jam 15 minit dan jangan korang buka2 penutup kukus tu..kata mak aku nnt kek tu x naik..dia turun balik so x cantik la kan..make sure api sederhana je..x perlahan x kuat okay.

8. bagi yang nak  bakar: panaskan oven dulu..then bakar selamat 45 minit dengan suhu 180 degree celcius.

9. kek pun da kukus / bakar..sejukkan die jap..kita buat topping die..senang je..aku cairkan coklat masakan sampai cair dan sapu la cantik2 atas kek tu..then tambahkan coklat cip atau coklat rice ikut kesukaan anda.

10. siap!!~



ingridients



lepas da dibakar

lepas ditambah toppingnye..



p/s : happy birthday mak semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki Amin.

No comments:

Post a Comment

Assalamu'alaikum and hello.
please leave your comment below.
thanks a lot !!.

Labels

uitm (17) friends (15) kenangan (14) rindu (14) sayang (14) gambar (13) cuti (11) family (11) cerita (10) prostar (10) best (9) sabah (9) vacation (8) myself (6) THO (4) classmate (4) pengalaman (4) adik (3) comel (3) i-techqs (3) muda (3) song (3) birthday (2) children (2) favorite (2) love (2) lyric (2) mak (2) male (2) mom (2) music video (2) pandangan (2) singer (2) uitm shah alam (2) wedding (2) Housemates (1) Study week (1) baby (1) bakar (1) coklat (1) convo day (1) dana (1) date (1) dayyan (1) degree (1) degreelife (1) doa (1) exam (1) hack (1) homemade (1) iklan (1) kakak (1) kek (1) kelantan (1) lawak (1) machang (1) miss (1) mp3 (1) muhasabah (1) nasyid (1) penang (1) photo (1) raya (1) resipi (1) roomates (1) seremban2 (1) seremban3 (1) side income (1) subhanallah (1) sushi (1) trip (1) tumpat (1) twin (1)
Powered by Blogger.