Saturday, December 1

sabah with prostar family part 5

Assalamu'alaikum

korang..da sampai masa kite ke Part 5 pulak..
hihi
kami semua pada hari ke-5 telah ke Kundasang.
salah satu tempat yang orang kata wajib pergi *it's a must* kalau sudah berada di Sabah.
tempat die memang cantik dan sejuk sebab die berada di kawasan tanah tinggi jugak la
*ala ala cameron highland gitu*
so kitorang gerak ke Kundasang lepas kami breakfast berdekatan ngan UiTM Sabah.
masa kitorang nak naik bas lepas breakfast tu aircond tetiba je rosak
memang dari sejuk gila2 terus jadi panas.
dan dia berpanjangan sampai satu hari okay.
nanti kite citer kisah aircond ni ye.
kami terus ke arah kundasang tapi kami byk berenti la.
sebab hari tu memang banyak tempat yang kami nak pegi.

checkpoint pertama : RUMAH TERBALIK

dulu kan aku ade pergi sabah dengan sep2 JPK.tapi kami just lalu je kat rumah terbalik ni.
tapi kali ni memang aku turun la karang kempunan macam dulu
tempat die memang best
semua bende terbalik hokey
*kecuali 3 benda : 1.aircond 2:CCTV  3:suis*
yang lain semua bende terbalik.
rumah terbalik ni ada 5 je di dunia dan Malaysia salah satu negara yang ada.
so bangga jugak la.
tapi banyak pantang larang okay nak masuk kat rumah terbalik ni.
hihi.
memang best la.

checkpoint kedua : Pekan Nabalu
lepas tu kami teruskan perjalanan yang memang berliku -liku ke kundasang
mmg nak mual pun ada jugak.da la xde aircond kan.
masa tu la kitorang main tulis2 nama kat cermin bas.
kelakar sangat.
sampai2 je kat Pekan Nabalu tu ingat nak amik gamba pemandangan Gunung Kinabalu tapi da ditutupi oleh kabus la.so x dapat la nak bergamba berlatar belakangkan G. Kinabalu
tapi kitorang still bergamba -gamba
at the same time kitorang menjadi baik dengan menjawab questionnaire kat situ okay.
memang kelakar la.
dekat dekat situ ade tempat nak beli cenderahati la.
so kitorang pun pusing2 la dekat situ..
banyak kedai so banyak jugak diorang beli2 kat situ.
aku just beli kain batik for my mom and gelang comel untuk adik hihi


checpoint ketiga : War Memorial of Kundasang

lepas daripada itu kami terus ke War Memorial of Kundasang
ala yang aku cakap dalam taman ade taman tu.
so tempat die memang cantik la kalau nak ambil gamba macam pasangan yang baru berkahwin kami jumpe time tu
*kami tau sbb ada inai kat tangan mereka*
sangat cantik pemandangan kat situ.
bergamba sakan la kan

checkpoint keempat : Masjid + makan

kami berhenti solat di sebuah masjid.dan cari tempat makan.
tak ingat kat mane..sebab da lapar sangat.
so kami cari la kedai.
semua g kedai yang sama
aku madhiah dan wani g makan kat kedai lain.
kami makan nasi sebab lapar sgt
*aku da la x makan breakfast*
memang kenyang la.

checpoint kelima : Kundasang Hot Poring

ni la the main tempat yang kami nak pergi.
hot poring di kundasang.
bayaran hanya RM3 je untuk malaysian citizen.
murah kan.
kalau nak masuk ape2 tempat kat dalam tu just RM3 jugak setiap aktiviti
ade banyak aktiviti tau kat dalam tu selain kolam air panas die.
ada jungle tracking, canopy walk, taman rama rama, dan banyak lagi la.
dan kami semua nak try la canopy walk tu.
kitorang ingat canopy walk tu pendek je dan x perlu la nak redah2 hutan bagai.
TAPI KAMI SILAP!!!!!!!~~
nak sampai ke canopy walk tu kitorang perlu jungle tracking *jauh tau*
kami semua redah hutan pakai baju lawa kot
*aku dengan seluar jeans kot!!!!!*
memang penat dan tak larat tapi kami naik jugak
*hujan pulak tu*
memang nice la
tapi sampai je tempat canopy tu.
memang berbaloi la
best!!!!!~~~
panjang jugak canopy walk die.
aku memang teruja la kan naik canopy walk since it was my first time.
aku x gayat n tempat die memang sangat cantik hokay.
*x tipu*
tapi ade jugak mengeluarkan suara yang agak comel masa naik canopy walk
sape ye??
lepas tu kitorang nak turun balik tu pun kena redah hutan jugak
memang lepas turun tu kaki semua ketar kot
memang pengalaman yang x bole lupe la
lepas turun tu kitorang pi mandi kat kolam renang die pulak.
memang kelakar la.

sampai nak lemas2 bagai.
serius kelakar
lepas tu kitorang mandi kat air panas.
memang best la.
hilang terus penat naik canopy walk tadi
best sangat2

kitorang ade kat situ sampai maghrib
lepas tu kitorang gerak balik UiTM Sabah.
memang semua dalam bas tidur la
*penat wei*
aku siap kaki ade kat cermin lagi.
penat punya pasal
tapi kitorang sempat berenti dinner dulu :)


di Pekan Nabalu
di war memorial 

wajib bergamba di pintu gerbang

kami style
ala tomey2
kami suka bergamba


redah hutan
semua hati2 kay

okay muke ajim comel sgt

bob ke yang menjerit tu?hihi 



canopy walk pakai seluar jean kot*DAEBAK*


semua baju lawa2 okay naik canopy walk :)

we did it *muke cuak*
after canopy walk
hot poring
kata mereka macam tin sardin.*we are sister right*
hilang segala penat okay
P/s : nantikan last part of sabah with prostar family :)




















No comments:

Post a Comment

Assalamu'alaikum and hello.
please leave your comment below.
thanks a lot !!.

Labels

uitm (17) friends (15) kenangan (14) rindu (14) sayang (14) gambar (13) cuti (11) family (11) cerita (10) prostar (10) best (9) sabah (9) vacation (8) myself (6) THO (4) classmate (4) pengalaman (4) adik (3) comel (3) i-techqs (3) muda (3) song (3) birthday (2) children (2) favorite (2) love (2) lyric (2) mak (2) male (2) mom (2) music video (2) pandangan (2) singer (2) uitm shah alam (2) wedding (2) Housemates (1) Study week (1) baby (1) bakar (1) coklat (1) convo day (1) dana (1) date (1) dayyan (1) degree (1) degreelife (1) doa (1) exam (1) hack (1) homemade (1) iklan (1) kakak (1) kek (1) kelantan (1) lawak (1) machang (1) miss (1) mp3 (1) muhasabah (1) nasyid (1) penang (1) photo (1) raya (1) resipi (1) roomates (1) seremban2 (1) seremban3 (1) side income (1) subhanallah (1) sushi (1) trip (1) tumpat (1) twin (1)
Powered by Blogger.